PASIR GUDANG: Kerajaan negeri meminta bantuan Indonesia dalam Op Carilamat bagi mencari penyelam remaja berusia 14 tahun warga Belanda yang masih hilang ketika menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol di Mersing.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata ini kerana berdasarkan pemerhatian, mangsa, Nathen Renze Chesters, berkemungkinan dihanyutkan ke perairan negara berkenaan.
"Kami memohon bantuan daripada semua pihak di perairan antarabangsa. Semua pihak yang berada di kawasan tersebut, Indonesia dan Malaysia, kita perlu bekerjasama untuk kita selamatkan atau menjumpai mangsa keempat yang masih lagi hilang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat dua penyelam warga asing yang diselamatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di sini hari ini.
Mengulas mengenai keadaan tiga mangsa yang ditemui selamat, Onn Hafiz berkata mereka kini dalam keadaan sedar dan dalam proses pemulihan.
Katanya kos rawatan kesemua penyelam akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri bagi meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa.
"Alhamdulillah, dua mangsa lagi ditemui selamat awal pagi tadi. Seorang mangsa yang ditemui sebelum ini juga semakin pulih di Hospital Mersing.
"Para doktor sedang melakukan yang terbaik untuk mereka. Kami harap mereka akan pulih segera dan kami akan terus melakukan yang terbaik dan semoga mangsa terakhir ditemukan dalam keadaan baik secepat mungkin," katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing dilaporkan berkata dua daripada tiga penyelam warga asing yang hilang di Pulau Tokong Sanggol pada Rabu lepas, ditemukan selamat di selatan Pengerang, dekat Kota Tinggi awal pagi ini.
Beliau berkata penyelam warga Britain Adrian Peter Chesters, 46, dan warga Perancis Alexia Alexandra Molina, 18, dijumpai oleh nelayan tempatan kira-kira pukul 1 pagi.
Mangsa yang masih hilang merupakan anak lelaki kepada Adrian Peter.
Dalam kejadian tengah hari Rabu, empat penyelam warga asing dilaporkan hilang ketika menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman, Mersing.
Bagaimanapun, jurulatih selam warga Norway Kristine Grodem, 35, ditemukan selamat dalam keadaan terapung, dilengkapi pakaian dan peralatan menyelam, oleh sebuah bot tunda yang dalam perjalanan dari Indonesia ke Thailand pada 8.15 pagi, Khamis lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 09 2022
Onn Hafiz berbual dengan Pengurus Sea Gypsy Village Resort, Pulau Sibu Besar, Richard Wills (kanan) selepas melawat dua penyelam warga asing yang terselamat di sebuah hospital swasta hari ini. - Foto BERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: 55.79 peratus keluar mengundi setakat 4 petang
Peratusan keluar mengundi bagi PRK Kuala Kubu Baharu mencatatkan 55.79 peratus setakat 4 petang, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
AWANI Ringkas: Dakwaan palsu | Negara hilang pemimpin reformis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UNFF19: Malaysia nyata komitmen kekal 50 peratus liputan kawasan berhutan
Sehingga kini Malaysia mempunyai 54.58 peratus atau 18.05 juta hektar kawasan berhutan dan litupan pokok.
Patuhi adab, etika semasa ziarah di Bukit Uhud
Jemaah haji Malaysia yang menyertai ziarah luar di beberaap lokasi di Madinah sebagaimana diuruskan Lembaga Tabung Haji (TH) dinasihat mengambil ikhtibar daripada aktiviti dijalankan selain mengelak daripada melakukan perkara yang boleh menimbulkan khurafat semasa menziarah
Melaka jadi tuan rumah Malaysia Bike Week Jun depan
Program selama tiga hari bermula 14 Jun sempena Bulan Permotoran Malaysia itu dijangka mempamerkan pelbagai aset terpilih.
Polis siasat kejadian conteng tembok masjid di Kuala Kubu Baharu
Polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ahli jawatankuasa masjid berkenaan pada 9 pagi tadi.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang beri sumbangan kepada Faisal Halim
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim yang cedera disimbah asid menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Juruteknik maut dalam nahas babitkan tiga kenderaan
Seorang juruteknik maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 44 Jalan Alor Setar-Butterworth di pada Sabtu.
Johor sedia RM10 juta naik taraf enam taman negara
Kerja naik taraf itu membabitkan kemudahan dan infrastruktur di lokasi pelancongan berkenaan bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung.
Indonesia kecam serangan bakar jahat ke atas ibu pejabat UNRWA
Insiden itu tidak dapat diterima kerana ia menjejaskan ibu pejabat sebuah agensi PBB yang beroperasi dalam sektor kemanusiaan.
Insiden hilang ketika menyelam: Syarikat resort dan bot didenda RM5,000
Susulan kejadian empat penyelam warga asing hilang ketika membuat latihan selaman di perairan Pulau Tokong Sanggol pada 6 April lepas.
Dua penyelam hilang di Pulau Jarak ditemukan selamat
Mangsa disahkan selamat kira-kira jam 7.40 malam selepas berpaut pada jeti Pulau Jarak untuk menyelamatkan diri.
Penyelam hilang di Mersing: Rakan lega terima panggilan Grodem
Grodem menghubunginya dengan meminjam telefon bimbit salah seorang kru bot tunda yang menemuinya di perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi, kira-kira 30 batu nautika dari lokasi kejadian.
Penyelam hilang di Mersing: Bapa sahkan Nathen meninggal dunia - Maritim Johor
Penyelam warga Belanda, Nathen Renze Chesters, 14, yang masih hilang disahkan telah meninggal dunia oleh bapanya warganegara Britain, Adrian Chesters, 46.
Penyelam hilang di Mersing: Johor minta bantuan Indonesia cari remaja
Kerajaan negeri meminta bantuan Indonesia dalam Op Carilamat bagi mencari penyelam remaja berusia 14 tahun warga Belanda yang masih hilang ketika menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol di Mersing.
Penyelam hilang di Mersing: Ini apa yang perlu anda tahu
Insiden penyelam warga asing yang hilang emasa melakukan aktiviti latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol pada Rabu mengejutkan banyak pihak.
Pencarian penyelam hilang di Mersing ditamatkan di perairan Malaysia, Indonesia sambung operasi
Op Carilamat bagi mengesan seorang lagi penyelam remaja warga Belanda yang hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, dekat sini, Rabu lepas, ditamatkan pada pukul 1.30 tengah hari ini.
Penyelam hilang di Mersing: Kerajaan negeri tanggung kos rawatan - MB Johor
Kerajaan Negeri Johor akan membiayai kos rawatan penyelam warga asing yang ditemukan selamat selepas hilang ketika melakukan latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol, Mersing.
Operasi SAR 3 penyelam warga asing hilang di Mersing ditangguhkan
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan tiga penyelam warga asing yang hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, dekat sini, Rabu lepas, ditangguhkan petang ini.
Pesawat Bombardier, B200T bantu operasi SAR penyelam hilang di Mersing
Ini merupakan kali pertama APMM menggunakan pesawat itu, yang mampu terbang rendah dan berlegar lebih lama, untuk operasi SAR di Johor dengan diketuai Leftenan Komander Maritim Kapten Sulaiman Tulot.